 |
| Heart Cloud! |
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Baru-baru ni aku byk tertanya dgn perjalanan kehidupan aku. Dulu ingat lagi, masa awal2 mula kelas tuisyen praktikal Patho. Sikit je lelaki yg sertai. Dalam enam orang, nak dibandingkan dengan akhawat yg berbilang, thats why la diorg pandai dari ikhwah. Kan? Semangat diorg ke kelas tersangatlah dikagumi kaum lelaki. Memang kitorg kagum. Tapi apakan daya, agak sukar nak mncontohi mereka. Hanyalah jalan penyelesaiannya adalah disatukan dgn mereka
(kahwin la).
Setelah seminggu berjalannya forum pendidikan dari senior2 yg byk bg motivasi kpd kami sbg junior. Mulalah sebilangan pelajar yg mula menyertai kelas tuisyen praktikal Patho. Aku mula2 xsgka jugak diorg ni nk masuk kelas ni. Mula2 rase mcm peliklah kan sebab diorg ni bukan jenis yg suka kelas2 tambahan ni. Atas sebab anjakan paradigma yg diberikan oleh senior, habis bertmbah bilangan peserta tuisyen. Apa hikmah disebaliknya pun aku xtau. We, as a Muslim must (wajib) yakin bahawa setiap apa yg ditetapkan utk kita, ada hikmah di sebaliknya. Teringat kata2 Dr. Faisal, lecturer Pathology kami, mnekankan bahawa, everything happens must be for a reason. There's no fact in this world apart from the existence of One True God.
Sampailah ke minggu lepas, aku sebenarnya dah terlupa yg ada kelas tuisyen praktikal Patho setiap khamis, jam 8 pagi. Bila aku keluar dari bilik dgn xmandi lagi, aku baru perasan yg sahabat aku yg masuk kemudian tuisyen tu dah bersiap2 nak ke kelas. Aduhai! =..='' Nak kata kt sini, hikmahnya kewujudan diorg di kelas tuisyen, aku x miss kelas tuisyen hari tu. Walaupun lewat, aku dpt dtg juga.
Peristiwa kedua, baru2 ni, nak pegi buat visa. Oklah, complete semua fotostat shahadah (Akuan Sumpah sbg Pelajar), visa, kernih (Kad Pelajar) dan pasport. Tapi bila dah OTW nk ke Mogamma', baru teringat yg gambar kene ada kat borang visa nanti. Aduhai! =..=" Macamane la boleh terlupa. Padahal dah dua kali buat benda alah ni. Xpelah, aku balik, pegi kelas, bla bla bla. Khamis (pagi ni) ni baru aku nak pegi. Habis je kelas tuisyen, terus pegi print gambar, then gerak ke Tahrir (Mogamma') naik metro. Ada ura2 metro disekat, xdak pun. Haih! Alhamdulillah semuanya selamat dan selesai. Balik je ke Sayyeda (ke rumah) ahli bait ajak ke kedai ayam nak beli ayam, esok malam nk buat kenduri Maal Hijrah kat rumah. Nampak xhikmahnya?! Hikmah kenapa aku xjadi selesaikan permohonan visa in the frist place but then selesaikan pagi tadi, rupa2nya, nak pegi tolong temankan ahli bait belikan barang. Bukan sikit. Tapi 12kg ayam beku! Bajet jug pagi tadi, kot2 kedai gambar tutup lagi ke. Almaklumlah kedai2 kat Mesir ni matahari dah tertegak baru nak buka. Alhmdulillah, buka awal pulak pagi tadi.

Memang segala bibit kehidupan kita tu Allah dah tentukan dgn hikmah2nya. Jadi, xperlu kita persoalkan kenapa dan kenapa. Memang secara teorinya perlu ada jawapan bagi persoalan kenapa tersebut, namun sbg manusia yg lemah kita masih xmampu melihat hikmah yg paling besar di sebalik perkara2 yg kita lalui.
Kalau dalam agam kita Islam sendiri, mgkin ada sebilangan yg hanya sekadar menerima Islam itu dgn seadanya. Namun tidak kurang juga ada yg mempersoalkan kenapa dan kenapa, kita perlu solat, kita perlu puasa, bayar zakat dan menunaikan haji. Tidaklah kita tahu hakikat hikmah yg terbesar di sebalik apa yg telah Allah swt perintahkan kepada kita. Tidak salah utk kita mengkaji beberapa rahsia di sebalik solat, puasa, zakat dsb. Namun ilmu kita xdapat menjangkau kebesaran ilmu Allah swt.
 |
| Hukum Hudud yg dijalankan di sebuah tempat di Indonesia |
Sbg contoh, hukum Hudud yg diperkenalkan dalam Islam, dan diperintahkan kewajipan perlaksanaannya kepada pemerintah2 Islam. Saya ambil contoh hukuman penzina lelaki yg belum berkahwin seandainya dijatuhkan hukuman iaitu sebat. Cara sebatan yg Islam ajar adalah sebatan di belakang badan dengan tidak mengangkat lengan tinggi daripada bahu. Kalau tidak tinggi dari bahu, kita tahu la bahawasanya ia tidak akan mencederakan pesalah dengan teruk, tidak seperti undang2 sivil dan konvensional dari barat yg mencederakan pesalah dgn teruk. Kenapa pula kena sebat dibelakang badan bagi penzina yg belum berkahwin? Kerana, apabila berzina, sudah pastilah dengan sesiapa shj pesalah tersebut suka. Maka xtahu lah sama ada pasangannya ada penyakit atau tidak. Seandainya ditakdirkan berpenyakit, hikmah sebatan di belakang badan adalah utk mengetuk tulang belakang (bone marrow of the back) bagi menghasilkan sel darah putih (WBCs) dengan lebih banyak bertujuan utk menentang virus penyakit yg terhasil daripada hubungan zina tersebut. Banyak lagi utk sy sebutkan tapi, anda boleh cari sendiri lah.
 |
| Dikatakan Bahtera Nabi Nuh as. |
Kita kembali juga ke zaman Nabi Nuh as. Sy hanya menceritakan mafhumnya sahaja. Kalau ada penambahan atau penolakan, bolehlah komen. Di mana Allah memerintahkan Nabi Nuh utk membina bahtera. Pada mulanya Allah memerintahkan Nabi Nuh as utk menanam pokok2 renek sbg bahan utk membina bahtera. Ramai manusia (umat Nabi Nuh) ketika itu mentertawakan Nabi Nuh kerana pokok yg ditanam itu hanyalah pokok renek yg mereka fikirkan tidak logik utk membina sebuah bahtera yg besar. Tambahan juga mereka berasa pelik dgn kelakuan Nabi Nuh yg membina bahtera di tengah2 padang pasir yg jauh dari laut dan tasik. Namun, atas kepatuhan Nabi Nuh dgn perintah Allah swt, tanpa banyak persoalan, baginda tetap melakukannya. Hikmahnya dapat kita lihat apabila berlakunya banjir besar ketika itu yg menenggelamkan semua manusia yg menentang Nabi Nuh termasuklah isteri dan anaknya.
Again, everything happens for a reason! Perlu kita yakin hal ini terhadap qada' dan qadar Allah swt.
Dengan mengetahui dan meyakini hikmah2 tersebut, kita perlu kenal dan faham akan apa yg diajarkan kepada kita tentang Islam. Bila kita kenal dan faham barulah kita rasa seronok utk beribadah. Seumpama kita mempunyai iPhone, tapi kita tahu utk guna sbg telefon je. Kita xtahu yg iPhone tu boleh jadi sbg GPS, camera, MP3, video, internet browsing dsb. Sudah pasti kita akan rasa, alah boring nye la iPhone ni. Tapi kalau pengguna iPhone yg mahir tentang iPhone tu sndiri, maka mereka berasa seronok shinggakan setiap masa iPhone berada dalam genggamannya. Jadi, bagaimana kita nak tahu hakikat hikmah di sebalik ibadah2 dan perintah yg Allah berikan kepada kita mcm kita tahu selok belok iPhone tu? Maka boleh lah kita mngambil masa utk bersama dgn murabbi2 yg kita boleh jumpa. Kalau di Mesir ni ramai. Boleh bertandang ke Al-Azhar ataupun menghadiri kelas2 bersama murabbi seandainya disediakan.
Konklusinya, usah kita berasa kecewa dengan kegagalan yg kita lalui, usah kita berasa berputus asa dengan kesusahan yg kita tempuhi. Mungkin yg buruk bagi kita itu baik bagi kita, begitulah di sebaliknya. Yang penting kita redha dengan qada' dan qadar, serta akan sentiasa bermotivasi utk terus meningkatkan kejayaan dalam hidup di dunia jua di akhirat kelak.
 |
| 1433H |
p/s: Alhamdulillah, pagi tadi, Tahrir dinaungi awan yg mendung serta suasana yang tenang. Permohonan visa pun dah selesai. Tinggal nak tunggu lagi seminggu ke dua minggu sebelum tuntut visa. InsyaAllah sempena Maal Hijrah 1433, Baitul Hikmah, rumah aku ada buat majlis makan2 sikit beserta bacaan doa awal dan akhir tahun dan yaasiin serta doa selamat. Jadi, mana2 yg berdekatan dijemputlah utk hadir. Menu adalah rahsia. Hehe! :) Salam Maal Hijrah 1433! Sentiasa berazam utk berjaya hari demi hari!